visualizaciones de letras 417

Joget Malaysia

P. Ramlee

Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau Saloma orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka

Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri

Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri


Comentarios

Envía preguntas, explicaciones y curiosidades sobre la letra

0 / 500

Forma parte  de esta comunidad 

Haz preguntas sobre idiomas, interactúa con más fans de P. Ramlee y explora más allá de las letras.

Conoce a Letras Academy

¿Enviar a la central de preguntas?

Tus preguntas podrán ser contestadas por profesores y alumnos de la plataforma.

Comprende mejor con esta clase:

0 / 500

Opciones de selección